Garispanduan Pembentangan

PANGGILAN ABSTRAK BAGI PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN

Jawatankuasa Saintifik Persidangan Perubatan Nusantara 2017 dengan hormatnya menjemput peserta untuk membentangkan hasil kajian yang meliputi aspek perubatan moden dan Islam pada persidangan tersebut.

Para peserta yang berminat dikehendaki untuk mematuhi garis panduan berikut:

Pra-syarat

  1. Abstrak adalah hasil kajian asli yang belum pernah dibentangkankan di tempat lain.
  2. Pembentang perlu mendaftar sebagai peserta persidangan.

Garis panduan penyerahan abstrak

  1. Tarikh akhir penyerahan abstrak adalah pada 15 Jun 2017.
  2. Abstrak hendaklah dikemukakan dalam format Microsoft Word dan dihantar melalui e-mel kepada rozimah7074@yahoo.com (untuk persembahan poster) atau norafidah.rashid@gmail.com (untuk persembahan lisan).
  3. Satu e-mel maklumbalas akan dihantar kepada peserta memberitahu bahawa abstrak telah sampai kepada Jawatankuasa Saintifik.
  4. Seterusnya, peserta akan diberitahu tentang status penerimaan abstrak (terpilih atau tidak dan kaedah perbentangan) juga melalui email selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2017.

Garis panduan kandungan abstrak (rujuk contoh templat abstrak)

  1. Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
    Keseluruhan abstrak hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan, menggunakan jarak tunggal dan fon jenis ‘Arial’ bersaiz 11.
  2. TAJUK: Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Format tajuk termasuk ditulis dalam huruf besar, ditebalkan (bold), di kedudukan tengah dan dan tidak melebihi 20 perkataan.
  3. NAMA PENGARANG: Nama penuh pengarang hendaklah disenaraikan di bawah tajuk abstrak. Gunakan simbol nombor superskrip untuk menunjukkan institusi yang berbeza Nama pembentang perlu digariskan.
  4. NAMA INSTITUSI: Nama penuh institusi hendaklah disenaraikan di bawah nama pengarang. Gunakan simbol nombor superskrip untuk menunjukkan institusi berbeza.
  5. TEKS: Abstrak hendaklah mengikut format: Pengenalan, Objektif, Kaedah, Keputusan dan Kesimpulan.
  6. KATA KUNCI: Kata kunci perlu dinyatakan di bawah abstrak (maksimum lima kata kunci).

Jenis persembahan

  1. Pilihan kaedah persembahan (persembahan lisan atau poster) perlu dinyatakan di bawah kata kunci.
  2. Persembahan boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  3. Tempoh yang diberikan untuk pembentangan lisan adalah 10 minit dan saiz poster adalah 3 x 4 kaki (potret).

Pemilihan abstrak dan hadiah

  • Jawatankuasa Saintifik berhak untuk memilih dan menentukan jenis persembahan dan pemenang.
  • Kesemua keputusan oleh Jawatankuasa Saintifik adalah muktamad.
  • Hadiah akan diberikan kepada persembahan oral dan poster terbaik.

Penerbitan Abstrak

  • Semua abstrak yang diterima akan diterbitkan dalam persidangan buku abstrak.

Print Friendly

FREE PAPER: CALLING FOR ABSTRACT

The Scientific Committee of Persidangan Perubatan Nusantara 2.0 cordially invites participants to present papers at the conference covering interrelated aspects of modern and Islamic medicine.
Kindly conform to the following guidelines:

Pre-requisite

  1. The abstract should be an original work which has not been previously presented elsewhere.
  2. The presenting author must also register as participant of the conference.

Submission guidelines

  1. Abstracts submission deadline is 15th June 2017.
  2. Abstracts are to be submitted in Microsoft Word file format by e-mail to rozimah7074@yahoo.com (for Poster) or norafidah.rashid@gmail.com (for Oral)
  3. A notification email will be sent to the presenting author, once the abstract submission has been successful.
  4. Authors will be notified on their abstract acceptance status by 1st August 2017.

Abstract guidelines

1.    All abstract are to be written in English or Malay.
2.    The entire abstract must not exceed 300 words, uses single space, Times New Roman font in 12-point type.
3.    Author should include a short precise title in capital letters.
4.    The authors’ full name and their institutions should be listed immediately beneath the abstract title in sentence case.
5.    The name of the presenting author must be underlined.
6.    The abstract should follow the format: Objective, Methods, Results and Conclusions.
7.    A maximum of five keywords are to be indicated below the abstract.

Type of presentation

The preferred mode of presentation (oral or poster presentation) is to be stated below the keyword.

The approximate duration given for oral presentation is 10 minutes and the poster size is 3 x 4 feet (portrait).
Free paper selection and prizes
The Scientific Committee reserves the right to select and determine the final mode of presentation. All decisions by the Scientific Committee will be final.
Abstract publication
All accepted abstracts will be published in the conferences abstract book.

Print Friendly