Slide background

Perubatan Islam Merentasi Zaman

Akan dijemput

Slide background

Kupasan Isu-isu Hangat dan Terkini

Konsep Perubatan Moden

Konsep Perubatan Rukyah

Isu-Isu Kotemporari

Ucap Utama Pakar

Pembentangan Tokoh-tokoh Hebat

Anjuran Bersama

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

Persatuan Fikah Perubatan

Persatuan Pakar Perubatan Islam Malaysia

013

DAFTAR SEGERA

Slide background

Perubatan Islam Merentasi Zaman

Akan dijemput

Bertemu Pakar

Gabungan pakar dalam bidang kesihatan dan ulama yang fakih dalam ilmu agama, satu ramuan mujarab untuk memberi kefahaman kepada peserta yang menghadiri persidangan antarabangsa ini.

Dialog Perubatan Nusantara

Terbuka kepada semua individu atau organisasi yang berminat dalam mendalami isu-isu yang berkaitan dengan perubatan ini. Peserta terdiri dari rantau Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Filifina, Brunei, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Vietnam

Isu Terkini

Isu terkini akan diulas mengikut kepakaran dan setelah mendapat konsensus dari pakar-pakar dan sarjana Islam. Di sinilah peserta boleh memperkukuhkan kefahaman mereka. Daftar segera!

Sekapur Sireh dari Presiden

Presiden Papisma Malaysia

Dato Dr Suhaini Kadiman

Istilah Perubatan Islam adalah suatu istilah yang sering disalah ertikan. Jika ditanya kepada masyarakat umum apakah yang mereka faham dengan istilah Perubatan Islam, pasti ramai yang menjawab, Perubatan Islam adalah kaedah rawatan yang menggunakan jampi-jampi untuk menghalau jin-jin, juga kaedah rawatan yang dilakukan oleh Rasulullah seperti berbekam dan sebagainya.

Walaupun mungkin itu semua adalah benar, namun persoalannya apakah itu sahaja yang dikatakan sebagai Perubatan Islam? Bagaimana pula denga perubatan moden? Apakah rawatan moden yang dipraktikkan oleh doktor-doktor perubatan di hospital-hospital dan klinik-klinik yang mana kaedah rawatan tersebut tidak menyanggahi syariat itu, bukan perubatan Islam?

Tidak dinafikan, terdapat banyak nas yang mengaitkan Rasulullah s.a.w dengan amalan-amalan tertentu yang berkaitan dengan ilmu perubatan atau perawatan. Terdapat di antaranya mempunyai sanad yang sahih, ada juga yang bersifat dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Kita tinggalkan dulu perbincangan berkaitan dengan nas yang dha’if dan maudhu’ itu. Kita fokuskan kepada nas-nas yang dinilai sahih oleh para ulamak muhaddisin (ulamak hadis).

Dalam memahami nas-nas baginda Rasulullah s.a.w yang bersangkutan dengan ilmu keduniaan seperti, ilmu perubatan, ekonomi, pertanian dan sebagainya, para ulamak berbeza pandangan berkenaan dengannya.

Justeru, Persidangan yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 15 hingga 17 September 2017 mengupas segala pertikaian dari falsafah dan pengamalan terkini.

Persidangan ini akan mengumpulkan ramai pakar perubatan dan ulama Islam. Perbincangan isu-isu terkini dan dari sumber yang tepat dalam sudut perubatan dan agama. Tunggu jadual penuh dari pihak penganjur.

Dato Dr Suhaini Kadiman

Presiden Papisma Malaysia

Kata Aluan dari Pengerusi Persidangan

Pengerusi Persidangan

Dr Hj Awisul Islah Ghazali

Perkembangan perubatan begitu pesat sekali. Sejak dari kegemilangan perubatan Islam zaman Rasulullah dan khilafah Islam, hingga kini banyak perubahan yang berlaku. Semuanya menjanjikan kebaikan kepada ummat. Namun isu-isu baru perlu dikupas sebaik mungkin oleh para cendikiawan samada pakar perubatan mahupun pakar agamawan.

Isu-isu perubatan sama ada dari segi falsafahnya, dari segi kaedahnya bagaimana rawatan dijalankan, bahan-bahan perubatan yang digunakan dan bagaimana ianya di warwar pada masyarakat sentiasa menjadi antara perkara yang dapat mempengaruhi sesuatu komuniti, sama ada diperingkat setempat atau pun diperingkat yang lebih besar sehingga ke peringkat nasional. Sebagai masyarakat yang berpegang kuat kepada nilai-nilai dan pandangan Islam di dalam menjalankan aktiviti seharian, isu-isu perubatan sudah tentulah tidak terlepas daripada kaca mata Islam. Hampir setiap tahun akan ada persidangan-persidangan Fiqh Perubatan dianjurkan di Negara kita Malaysia.

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) berbesar hati untuk menganjurkan satu Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan dari Perspektif Islam di TH Hotel & Covention Center, Kuala Terengganu di bawah tema ‘Islamic Medicine: Past, Present and Future (Perubatan Islam Merentasi Zaman)’.

PAPISMA berusaha untuk membawa persidangan akademik seperti ini lebih dekat dengan jiwa masyarakat dengan menganjurkannya diluar daripada pagar universiti serta berusaha mencari penaja dan penganjur bersama agar kos dan yuran yang lebih rendah dapat diberikan supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat turut serta menyertai dan mengambil faedah daripadanya.

Jumpa di sana pada 15 hingga 17 September 2017

Justeru, konferens ini memberi ruang kepada cendikiawan bagi mengalirkan keilmuan mereka seterusnya digunapakai dalam kehidupan seharian ummat kini.

Dr Hj Awisul Islah Ghazali

Pengerusi Persidangan Perubatan Nusantara 2017

Tarikh Penting

Siapa Perlu Hadir

  • Ahli Perubatan & Kesihatan

    • Pakar Perubatan & Kesihatan
    • Pegawai Perubatan
    • Penolong Pegawai Perubatan
    • Jururawat
  • Ahli Pergigian

    • Pakar Pergigian
    • Pegawai Pergigian
    • Penolong Pegawai Pergigian
    • Jururawat Pergigian
  • Ahli Farmasi

    • Pakar Farmasi
    • Pegawai Farmasi
    • Pembantu Farmasi
  • Ahli Perawat Perubatan Syifa

    • Perawat Perubatan Syifa
    • Tenaga Pengajar
  • Persatuan atau individu yang berminat

    • Ahli Persatuan
    • Individu
  • Pensyarah-Pensyarah

    • Pensyarah Universiti
    • Pensyarah Kolej

Yuran Penyertaan

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Anjuran Bersama

 

Konferens akan berlangsung dalam masa

Apa Kata Mereka

Konsferens ini bagus untuk pendedahan kepada masyarakat. Agar mereka tahu asas serta kaedah dalam pengambilan hukum dalam fiqh perubatan.

Prof Madya Dr Basri Ibrahim
Prof Madya Dr Basri IbrahimPensyarah UniSZA, FAKULTI KONTEMPORARI ISLAMUniversiti Sultan Zainal Abidin

Persidangan tahun 2015 telah membuka minda saya bahawa kesatuan para agamawan dan ilmuwan perlu bagi membibitkan rasa tanggungjawab dalam bidang ini. Persidangan tahun 2017 pula saya mengjangkakan isu-isu yang lebih hebat dipilih bagi dibincangkan secara tuntas.

Prof Syahrezal
Prof SyahrezalPensyarah Universiti Syeikh Kuala, Aceh IndonesiaMedia Wiki

Sesuatu yang bermanfaat wajib dikongsikan kepada para hadirin dalam mendepani kegawatan perubatan yang semakin rencam.

Dr Mohd Arif Mohammed
Dr Mohd Arif MohammedPakar Perunding Kanan, HRPZ II, Kota BharuMax Mobilcom

Isu-isu yang akan dibincangkan amat bertepatan dengan masa. Saya amat mengesyorkan semua pengamal perubatan menghadiri persidangan nusantra ini.

Dr Mohd Fozi Kamaruddin
Dr Mohd Fozi KamaruddinPakar Perunding Perubatan Keluarga, Kangar Perlis